
Sebut sahaja pasal durian, umum akan terbayang buah berduri, mempunyai isi kuning keemasan yang mampu memikat selera sesiapa sahaja yang terbau aroma uniknya. Bukan sahaja popular di Malaysia, ia juga terkenal di dunia terutamanya di negara-negara Asia Timur-Selatan.
Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis dan gred durian, namun yang sering menjadi rebutan orang ramai adalah Musang King, Udang Merah, D24, Traka ataupun Hor Lor. Harganya yang agak mahal mengikut pasaran semasa menjadikan ia umpama ‘raja’ yang sukar dimiliki.

Malah, ia sememangnya sinonim dengan gelaran Raja Buah. Namun menurut Dr. Rizal Abu Bakar, seorang educator yang selalu berkongsi ilmu di laman Facebook menyatakan sebaliknya.
Dalam hantaran terbarunya, Dr Rizal yang merujuk kepada kenyataan World Health Organization (WHO) menjelaskan bahawa Betik sebagai Raja Buah. Ini penjelasannya:
Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.
Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Antaranya:
Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.
Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A. Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.

Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan eoteoporosis.
Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.

Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik.
Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh. Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!
Rujukan
Sobir (2010). Bertanam Durian Unggul. Jakarta: PT Niaga Swadaya. m/s. 7. ISBN 9790024444. Dicapai pada 20 Jun 2019
Sumber : Dr. Rizal Abu Bakar