Ular sawa sepanjang empat meter ditemui di rumah seorang penduduk di kota Surabaya, lapor Tribun News.
Penemuan ular itu bermula ketika pemilik rumah berkenaan terdengar bunyi seperti benda terjatuh.
Ular tersebut dilaporkan sempat memasuki almari.
Purwanto segera melaporkan perkara berkenaan ke command center 112 setelah kediamannya dimasuki oleh seekor ular sawa dengan panjang lebih kurang 4 meter.
Anaknya terkejut ketika membersihkan tingkat 2 rumahnya di Simo Kalangan, Desa Simomulyo, Kabupaten Sukomanunggal, Kota Surabaya.
Dia terdengar seperti benda terjatuh di tingkat 2.
Ular yang berdiameter 12-13 cm dan panjang sekitar 4 meter itu sempat untuk memasuki almari di rumah tersebut.
Selepas menerima laporan berkenaan insiden itu, satu unit Pasukan Tempur Pasis TVRI terus bergegas menuju ke lokasi untuk menangkap dan memindahkan ular berkenaan.
Anggota pasukan tersebut terpaksa membuka almari berkenaan kerana kepala ular sawa itu berada di dalam almari terbabit.
Proses penangkapan dan pemindahan ular tersebut dilaporkan selesai pada pukul 8.38 waktu tempatan.