Kredit: Google

Ingat Perompak Masuk Bilik Anak Gadis, Ayah Dilapor Tetak Tangan Teman Lelaki Anak Dengan Parang

Amira

Seorang remaja lelaki ditetak bapa kepada teman wanitanya selepas didapati berdua-duaan di dalam bilik kekasihnya di Sulawesi Selatan, lapor sumber.

Menurut Detik News, bapa kepada remaja perempuan itu telah pulang ke rumah dan mendapati kediaman mereka sunyi sepi sebelum terdengar suara lelaki di dalam bilik anak perempuannya yang berkunci.

Lantaran itu, si bapa yang panik terus menyerang lelaki itu tanpa menyedari anaknya berada di dalam bilik yang sama.

“Pelaku sangka mangsa adalah perompak yang masuk ke dalam rumahnya sehingga terus menetak mangsa dengan sebilah parang,” kata Ketua Polis Belawa, Iptu Idham Andi Inong.

“Namun ternyata anaknya yang ajak mangsa ke rumahnya. Mereka merupakan pasangan kekasih,” tambah Idham.

Kerana salah faham itu, remaja lelaki tersebut telah dibawa ke pusat perubatan kerana cedera parah pada tangan kanannya. Sementara itu, bapa remaja perempuan berkenaan pula ditangkap dan dibawa ke balai polis tempatan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak dikatakan sepakat ingin berdamai, menjurus kepada pembebasan lelaki tersebut.

Tambah Detik News, remaja berkenaan dikatakan bersedia menikahi kekasihnya kerana mereka telah lama menjalin hubungan.

Sumber: Detik News, Detik News (2)