Bergelar seorang guru sudah pastinya akan berhadapan dengan ramai orang pelajar di sekolah. Oleh itu, pemakaian guru sangat penting bagi mempengaruhi keyakinan dan juga memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu.
Namun, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai pemakaian guru ketika di sekolah. Perkara ini kerana golongan tersebut menanggap bahawa guru hanya berada di sekolah dan tidak perlu untuk berpakaian kemas ataupun bergaya.
Terkesan dengan perkara tersebut, seorang guru tampil bagi mempertahankan etika pemakaian yang perlu dipatuhi oleh seorang guru.
Menerusi penerangan guru ini, rata-rata guru bergaya dengan berpakaian kemas disebabkan tuntutan garis panduan pemakaian guru yang memerlukan mereka berpakaian seperti itu. Oleh itu, para netizen diharap tidak lagi menilai guru yang bergaya dalam pemakaian mereka dari sudut yang negatif.
Sumber: Cikgu Emmet Menulis