wanita kembar lima
Kredit: Sekaltim

Ingat Empat, Wanita Tak Sangka Rupanya Dapat Bayi Kembar Lima

Athirah

Ingat Empat, Wanita Tak Sangka Rupanya Dapat Bayi Kembar Lima

Hospital Indramayu di Jawa Barat, Indonesia berkongsi khabar gembira apabila pasukan perubatannya berjaya membantu menyambut kelahiran bayi kembar lima, Ahad lepas.

Menurut Tempo.com, kembar lima kepada ibu bernama Nuraeni itu terdiri daripada empat bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Pengarah hospital berkenaan, Deden Bonni Koswara berkata ia merupakan kali pertama pihaknya menyambut kelahiran bayi kembar lima.

Mulanya ingat empat, wanita tak jangka dapat bayi kembar lima

Katanya lagi, proses menyambut kelahiran kembar tersebut turut dirujuk dengan pusat kesihatan setempat.

Sebelum ini, pemeriksaan yang dibuat pada usia kandungan 16 minggu mendapati Nuraeni hanya hamil bayi kembar tiga.

“Pada pemeriksaan usia kandungan ke 28 minggu pula, petugas kesihatan berjaya mengesan janin keempat,” katanya lagi.

BACA: Muhammad Luth Syauqi Mengalir Air Mata Malam Tadi – Ibu

Bagaimanapun semasa proses kelahiran, pasukan perubatan menyedari bahawa Nuraeni sebenarnya hamil bayi kembar lima.

Mengambil kira kandungan dan bilangan janin, Deden memberitahu mereka turut membuat persediaan rapi dan operasi menyambut kelahiran dibuat secara pembedahan caesar.

“Operasi pembedahan bermula pada pukul 6.44 petang dan berakhir 7.45 petang. Empat kembar pertama adalah bayi perempuan dan yang terakhir adalah bayi lelaki,” kata Dende lagi.

Si ibu selamat melahirkan, tetapi kelima-lima bayi perlu dirawat secara intensif

Menurut portal Detik.com pula, si ibu berada dalam keadaan selamat selepas operasi pembedahan berkenaan berakhir.

Kelima-lima bayinya yang dilahirkan normal bagaimapun mempunyai berat badan yang berbeza-beza dan berada di bawah paras berat purata.

Bayi pertama mempunyai berat kira-kira 1.9 kilogram (kg), diikuti bayi kedua dengan berat 1.7 kg, bayi ketiga 1.2 kg dan bayi keempat 1.6 kg. Manakala bayi lelaki Nuraeni memiliki berat kira-kira 1.9 kg.

Susulan itu, bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di dalam inkubator dan berada dalam pemantauan rapi oleh pihak hospital.

BACA: Wanita Australia Teruja Buat Sandwich Avocado Petai, Sedap & Penuh Perisa

BACA: Acara Larian Paling Gempak, Toyota “Start Your Impossible Outrun” Tarik 6,000 Peserta, Kumpul RM200k Dana Pesakit Kanser

Sumber: Tempo.co, Detik.com