Tiada Kategori

Infinix Raikan Merdeka Ke-68 Dengan Kempen “Gadget Baru, Semangat Baru”

Nur Farra

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Infinix melancarkan kempen “Gadget Baru, Semangat Baru” yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 21 September 2025. Bukan sekadar peranti baharu, kempen ini turut menawarkan hadiah eksklusif, diskaun produk AIoT, dan peluang meraikan bulan kemerdekaan dengan teknologi yang menginspirasikan kemajuan.

Telefon pintar kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan rakyat Malaysia daripada gaming, hiburan, fotografi hinggalah kekal berhubung setiap masa. Infinix menghargai hubungan itu dengan menghadirkan prestasi mantap bersama nilai tambah, khas buat generasi muda yang mahu terus maju mengejar aspirasi.

Hadiah Eksklusif Sepanjang Kempen

  • Infinix GT 30 Pro — Percuma Magnetic Card Holder bernilai RM39

  • Infinix NOTE 50 Pro+ 5G — Percuma Beg Galas Putih Infinix bernilai RM89

  • Infinix NOTE 50X & NOTE 50S 5G — Percuma Rotatable Phone Holder bernilai RM29

Selain itu, pelanggan juga boleh nikmati diskaun 10% untuk produk audio dan wearable AIoT terpilih seperti fon telinga bergaya dan jam kesihatan pintar, melengkapkan gaya hidup lebih terkoneksi.

Promosi ini boleh didapati di Infinix Official Store (Lazada, Shopee, TikTok Shop), Infinix Brand Stores serta pengedar sah seluruh negara.

Untuk info lanjut, layari laman web rasmi Infinix Malaysia atau ikuti di Facebook, Instagram & TikTok. Jangan lupa kongsikan semangat Merdeka anda dengan hashtag #MerdekaDenganInfinix dan #InfinixMalaysia.

Hadiah percuma dan diskaun sah selagi stok masih ada.