Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan menyeru warga Kuantan yang pernah mengunjungi semua cawangan Restoran Taj di daerah Kuantan pada 30 November 2020 hingga 9 Disember 2020 agar hadir ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota untuk saringan penilaian risiko COVID-19.
Menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Kerajaan Negeri Pahang di Facebook yang turut dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara, seruan itu hanya melibatkan individu yang bergejala sahaja seperti demam, batuk dan sakit tekak.
Saringan penilaian risiko COVID-19 pula akan dijalankan secara pandu lalu (drive thru) bermula pada 16 dan 17 Disember dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Saringan tersebut sebagai langkah awal untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Sumber: Kerajaan Negeri Pahang
BACA: Jadi Tumpuan ‘Gamers’, Ini ‘Lubuk’ Jenama Esports Terkenal Dunia