Semalam tular gambar seorang lelaki bersama keluarganya mengaku telah balik ke Kuala Lumpur dengan memberi alasan tertentu kepada pihak berkuasa.
Tindakan itu telah membuatkan dirinya dikecam teruk warga maya yang menyifatkan tindakan itu sebagai berbangga dengan kesalahan.
Malah, Menteri Pertahanan turut menasihatkan orang ramai agar tidak berbangga seolah-olah menjadi hero ketika melakukan kesalahan.
Sebentar tadi, individu tersebut telah memuatnaik kenyataan maaf di Facebook miliknya. Katanya, dia hanya bergurau di dalam group Whatsapp dan tidak menyangka perkara itu akan disebarkan rakannya di dalam group tersebut.


Sumber: Facebook