Pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya tentang apa yang perlu dibuat sekiranya disahkan positif COVID-19.
Walaupun tiada tanda bergejala mahupun bergejala ringan, persoalan tersebut semestinya akan bermain difikiran. Manakan tidak, untuk pergi ke hospital pasti, khuatir bahawa diri akan menjangkiti orang lain.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya ada berkongsikan tentang perkara yang perlu dibuat sekiranya diri disahkan positif COVID-19.
Menurut ciapan berkenaa, individu yang positif COVID-19 tetapi tidak bergejalan atau bergejala ringan (tahap 1 dan 2), anda boleh memohon untuk menjalani kuarantin di rumah.
Bagaimanapun kebenaran yang diberi setelah penilaian dibuat terhadap kesesuaian kediaman anda bagi mengelak jangkitan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia