Sekiranya bercakap mengenai Dr Amalina Bakri, pastinya kebanyakan rakyat Malaysia mengenali individu yang sedang berkhidmat di United Kingdom sebagai pelatih pakar bedah. Sejak beberapa bulan yang lalu, namanya menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila memulakan usaha untuk mendapatkan rawatan terhadap bayi kecil, Ainul Mardhiah yang menghidapi kanser sel tumor pada bahagian mulutnya.
Dr Amalina juga dikenali sebagai individu yang sering berkongsikan nasihat terutamanya yang melibatkan kesihatan dan perubatan di laman sosialnya seperti di ruangan Twitter. Terbaru, beliau telah memuat naik satu perkongsian dengan menasihati agar orang ramai tidak merujuk sepenuhnya terhadap sumber carian Google kerana dikhuatiri mendapat maklumat yang salah.

Menurut ciapan yang dibuat itu, Dr Amalina menasihati agar orang ramai untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami masalah kesihatan. Dia juga menasihati agar orang ramai untuk tidak merujuk Google, penjual produk dan membuat pertanyaan di media sosial kerana dikhuatiri maklumat yang diperolehi adalah tidak tepat. Langkah terbaik yang boleh dilakukan ialah dengan berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan kesihatan.
Walau bagaimanapun, terdapat individu yang mempertikaikan nasihat Dr Amalina dengan menyatakan bahawa pegawai perubatan seperti doktor juga merujuk kepada Google.

Terkesan dengan ciapan balas daripada individu tersebut, Dr Amalina tampil memberi penjelasan “win” bagi membidas semula kenyataan yang berkaitan carian Google itu.
Menurut Dr Amalina, pihak pegawai perubatan seperti doktor terlebih dahulu telah merujuk kepada pelbagai bahan-bahan sahih dan juga pengalaman perubatan mengikut kepakaran masing-masing.

Jawapan yang diberikan oleh Dr Amalina ini membuktikan bahawa pegawai perubatan seperti doktor telah mempunyai pengalaman yang banyak serta ilmu perubatan dan layak untuk memberikan nasihat dan pandangan kepada pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Tambahnya lagi, ianya merupakan perkara bagus untuk menasihati orang ramai untuk tidak mempercayai sepenuhnya apa yang dibaca di dalam internet.
“Oleh itu, saya fikir ia masuk akal untuk memberi nasihat kepada orang ramai untuk tidak mempercayai sepenuhnya apa yang dibaca dalam internet”
Seperti yang kita tahu, lambakan maklumat yang terdapat di dalam internet tidak semuanya datang dari sumber yang tepat. Oleh itu, maklumat yang diperolehi juga dikhuatiri tidak tepat dan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Orang ramai terutamanya yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan nasihat daripada doktor berbanding pihak lain yang bukan berada dalam bidang perubatan.
Sumber: Dr Amalina Bakri