india panas
Gambar via WMO

India Dilanda Suhu Panas Melampau, Cecah 45 Darjah Celcius

Faiz Mustafa

Jabatan Meteorologi Dunia (WMO) melaporkan bahawa haba ekstrim telah melanda India dan Pakistan serta beberapa lagi negara Asia yang lain.

Menurut WMO, terdapat lima lokasi di India telah mencapai tahap suhu panas yang tinggi hingga 45 darjah Celcius, seperti yang dilapor Jabatan Meteorologi India.

Sementara itu, di Pakistan, Jabatan Meteorologi di sana meramalkan bahawa suhu panas mereka akan meningkat di antara lima hingga tujuh darjah celsius berbanding suhu biasa.

Difahamkan, mereka juga telah mengeluarkan amaran bahawa perkara tersebut mungkin akan menyebabkan ‘banjir glasier’.

Memetik WMO, data-data ini diambil dari ECMWF suhu udara (2 m) untuk hari Jumaat, 29 April.

Gambar via WMO

Sumber: WMO