Gambar X-ray dan imbasan CT (CT scan) yang dilakukan ke atas seorang lelaki China berusia 44 tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19 menunjukkan bagaimana wabak tersebut menyerang paru-paru mangsa.
Imbasan tersebut memaparkan tompok-tompok putih di bahagian bawah paru-paru yang menandakan apa yang radiologists gelarkan sebagai ground glass opacity.
Keabnormalan seperti yang dikenalpasti oleh doktor dalam imbasan penghidap koronavirus itu adalah serupa dengan yang ditemui dalam pesakit yang menghidap SARS dan MERS.

Imej X-ray daripada seorang mangsa koronavirus berusia 44 tahun yang pernah bekerja di pasar di Wuhan itu dengan jelas menunjukkan keabnormalan ground class opacity.
Imbasan yang dikeluarkan oleh Persatuan Radiologi Amerika Utara itu menunjukkan bagaimana cecair di ruang paru-paru lelaki berkenaan menjadi lebih jelas dari masa ke semasa, seperti yang dibuktikan ketika dibandingkan imej A hingga imej F.
Lelaki tersebut telah dimasukkan ke hospital pada 25 Disember 2019 selepas mengalami demam dan batuk selama hampir dua minggu. Doktor kemudiannya mengesahkan bahawa lelaki tersebut menghidapi radang paru-paru dan masalah di saluran pernafasan.
Walaupun telah diberikan rawatan oleh doktor, lelaki tersebut dilaporkan telah meninggal dunia seminggu selepas dari itu.
Imbasan CT (CT scan) yang dilakukan ke atas seorang wanita berusia 54 tahun yang dijangkiti koronavirus selepas berkunjung ke Wuhan, China juga menunjukkan maalah yang sama dihidapi oleh lelaki tersebut.


Wanita itu telah didiagnos menghidapi radang paru-paru yang teruk akibat daripada virus selepas mengalami demam panas, batuk, keletihan dan sesak nafas selama seminggu, dan dia telah diberikan oksigen serta antibiotik.
Imbasan yang dilakukan ke atas seorang wanita berusia 45 tahun daripada wilayah Sichuan di China yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada Jepun juga turut menunjukkan tompok putih dan ‘tanda halo terbalik’ di sebelah atas paru-parunya.
Tompok-tompok putih yang terdapat pada gambar imbasan itu juga dikenal pasti sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome (MERS).


Kedua-duanya juga dikelaskan sebagai koronavirus dan SARS yang telah menyebabkan 8,000 kes dan 774 kematian di China daripada November 2002 hingga Julai 2003.
Cara paling senang untuk mengenal pasti koronavirus adalah dengan mengambil sampel air liur atau lendiran daripada hidung atau mulut pesakit atau menguji kahak yang dihasilkannya.
Tetapi, ujian itu hanya berkesan semasa pesakit itu menunjukkan simptom sahaja.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari ini secara rasminya telah mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik selepas bilangan kes yang dijangkiti diseluruh dunia melepasi 112,000 dan kematian sebanyak 4,500 direkodkan.

Jumlah kematian akibat wabak Covid-19 di Itali telah melonjak naik dalam masa hanya 24 jam.
Jumlah keseluruhan kes di Itali yang merupakan negara di eropah yang paling teruk dilanda wabak tersebut meningkat kepada 12,462 daripada 10,149 sebelumnya, peningkatan sebanyak 22.8 peratus.
Sumber: Daily Mail