
Misalnya, sebuah masjid di Perkampungan Budaya Katara yang terletak ibukota Qatar, Doha telah menjadi tumpuan utama bagi peminat Piala Dunia yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam.
Disana, terdapat juga penceramah lelaki dan wanita yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa ditempatkan di masjid tersebut, untuk membantu pengunjung hadir belajar mengenai agama Islam.

Malah, mereka turut menempatkan para staf dan penceramah daripada Pusat Tetamu Qatar di pintu-pintu masjid bagi menyambut pengunjung bukan beragaa Islam dan menjawab persoalan mereka mengenai masjid.
Selain itu, terdapat beberapa papan elektronik yang memaparkan maklumat mengenai agama Islam dan boleh ditetapkan sehingga lebih daripada 30 bahasa.
Papan-papan elektronik tersebut telah diletak di hadapan pintu bagi membenarkan para pengunjung untuk melihatnya menerusi telefon pintar.
Beberapa buku kecil yang memberi pengenalan kepada Islam dalam pelbagai bahasa dilapor turut diedarkan kepada sesiapa yang memintanya.
Menurut Times Now, Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Agama Islam Qatar telah membina sebuah pavilion di luar lokasi perlawanan Piala Dunia 2022 diadakan, yang mana para peminat bola sepak dan pengunjung dapat mempelajari keindahan agama tersebut.
Para pengunjung juga digalakkan untuk melihat papan-papan elektronik berkenaan Islam, yang mana terdapat lebih daripada 30 bahasa seperti yang dilaporkan oleh Anadolu Agency.
Hadis-hadis di dinding, kod QR di bilik hotel
Bukan itu sahaja, hadis iaitu kata-kata, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W juga ditulis pada dinding-dinding di jalan bagi menarik minat pengunjung bukan Islam.
Ada beberapa agensi yang melaporkan, beberapa bilik hotel di Qatar turut menggunakan kod QR untuk membantu dalam memperkenalkan agama Islam kepada warga asing yang melawat negara tersebut.
Sumber: Anadolu Agency & Times Now News