Dalam satu laporan risikan yang mendakwa Rusia merancang untuk menyerang Ukraine pada beberapa bulan yang lalu mengundang keresahan beberapa buah negara dunia.
Terkini, Jerman dan Britain pada Sabtu telah mengarahkan rakyatnya yang berada di Ukraine untuk keluar dengan kadar segera.
Justeru, dua negara besar ini turut menyertai negara lain seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Latvia, Norway, Belanda, Australia dan New Zealand memberi amaran kepada rakyat mereka yang masih berada di negara terancam tersebut.
Beritahu BBC, Menteri Pertahanan Britain, James Heappey menggesa rakyatnya untuk meniggalkan Ukraine dengan serta-merta dengan apa cara sekalipun. Situasi genting ini sama seperti yang dilihat di Aghanistan, tetapi mereka tidak boleh mengharap bahawa askar akan dihantar untuk membawa mereka keluar.
Tambahnya lagi, tentera British yang sebelum ini dihantar ke Ukraine untuk melatih angkatan tentera negera tersebut juga akan dibawa keluar minggu ini juga.
”Tiada tentera British yang akan berada di Ukraine sekiranya konflik lebih parah meletus,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson khuatir akan keselamatan Eropah.
Dalam satu mesyuarat yang melibatkan pemimpin daripada beberapa pemimpin dari negara kuasa besar dan NATO, Boris menyatakan pandangannya terhadap ekonomi akan jatuh merudum jika Rusia masih berdegil untuk memusnahkan dan menyerang Ukraine.
Sumber: News.sky, The Spectator Index