
Berada di dalam rumah yang bersih dan wangi adalah salah satu faktor penting dalam mempengaruhi mood seseorang. Jika anda pulang ke rumah setelah penat bekerja tetapi terganggu dengan persekitaran yang tidak selesa, pasti akan bertambah tertekan.
Oleh itu, empat tips mudah supaya rumah kekal bersih dan wangi ini boleh diikuti oleh semua terutamanya para ibu dalam memastikan kediaman selesa untuk didiami oleh seisi keluarga.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang murah dan mudah dicari, tips ini sangat praktikal untuk diamalkan. Selamat mencuba!
Jom wangikan rumah… sis belek-belek baca di internet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat Mencuba.
Sumber: Nik Zainah Muhammad via Dato Lyna Polaris via DECO DENGAN KEDAI ECO