Frankfurt, Jerman – Sebuah cawangan Ikea di sini membuka ruang parkir kenderaannya untuk aktiviti solat sunat Aidilfitri berjemaah dengan penjarakan sosial.
Menurut BBC, sekitar 800 penganut agama Islam dilaporkan solat berjemaah Ahad lalu dengan meletakkan jarak antara satu sama lain.
Pengerusi masjid, Kadir Terzi sebelum ini mencari ruang alternatif bagi membolehkan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial ketika solat jemaah Aidilfitri.
Katanya, beliau bersyukur dapat berjemaah di situ biarpun pada awalnya tidak yakin akan mendapat kebenaran pihak Ikea.
“Penutup solat bersama semua Muslim di Wetzlar seakan satu ganjaran buat kami.
Tambahnya, aktiviti itu penting bagi jemaah yang berasa terpinggir sepanjang Ramadan disebabkan koronavirus.
Pihak masjid turut berpesan kepada orang ramai agar memakai penutup muka dan membawa sejadah sendiri serta menjaga jarak fizikal sesama jemaah.
Malah, mereka turut diingatkan agar patuh kepada peraturan koronavirus negara itu supaya meninggalkan kanak-kanak bawah 12 tahun di rumah.
Jerman membenarkan rumah ibadat dibuka dengan syarat dan prosedur tertentu bagi mengekang COVID-19.
Sumber: BBC, Abdirahim Saeed