Gambar: IKEA.com

IKEA Damansara Ditutup Buat Sementara Waktu Selepas Ada Staf Disahkan Positif COVID-19

Fazidi

Operasi IKEA Damansara dilapor ditutup buat sementara waktu bermula hari ini susulan laporan kes positif COVID-19 melibatkan stafnya serta pihak vendor perkhidmatan susulan satu ujian saringan yang diadakan baru-baru ini.

Menurut kiriman di laman facebook IKEA, penutupan operasi cawangan Damansara hingga suatu tarikh dimaklumkan kemudian dibuat atas nasihat daripada KKM.

Ketika ini, pengurusan IKEA sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan segera melaksanakan beberapa langkah kawalan dan pencegahan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang positif tidak dimaklumkan.

Sumber: IKEA