Seekor ikan lumba-lumba telah dirakam ketika mengelilingi sebuah kapal nelayan dipercayai untuk mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan penyelamat.
Ikan lumba-lumba kelabu gelap terperangkap di sebuah pantai di bandar Caotan, bandar Zhanjiang di provinsi Guangdong China Selatan pada hari Ahad lalu. Rakaman yang telah dikongsikan ke media sosial itu menunjukkan ikan lumba-lumba berkenaan berjuang untuk berenang ke laut di perairan yang cetek sebelum menyelamatkannya.

Sekumpulan nelayan dan seorang polis tempatan dilihat telah masuk untuk mengangkat mamalia tersebut dan membawanya ke kapal mereka. Mereka telah pergi ke laut terbuka dalam usaha untuk melepaskannya.
Lumba-lumba berkenaan sangat gembira dan berterima kasih kepada para nelayan dengan membuat bulatan di sekitar kapal sebanyak tiga kali. Seorang daripada mereka berkata kepada lumba-lumba berkenaan “Teruskan, cepat”. Sebelum lumba-lumba menuju ke Teluk Beibu.
Menurut media China Xinhua, misi menyelamatkan lumba-lumba berkenaan telah mengambil masa lebih dari satu jam untuk dibebaskan. Lumba-lumba berkenaan mempunyai berat sekitar 40kg dan panjangnya sekitar 1.7 meter.

Sementara itu, sukarelawan di Barnacles Cafe dan Dolphin Feeding di Tin Can Bay, Queenslan mengatakan berkemungkinan lumba-lumba mungkin kehilangan interaksi dengan manusia kerana wabak coronavirus.
Sumber: www.dailystar.co.uk