Gambar: HANDOUT/Unapei/GloryParis/AFP & GABRIEL BOUYS/AFP

Iceland & Beberapa Negara Maju Lain Dijangka Bebas Sindrom Down Dalam Tempoh Kurang 20 Tahun, Ini Sebabnya

Iqbal Yasir

Iceland & Beberapa Negara Maju Lain Dijangka Bebas Sindrom Down Dalam Tempoh Kurang 20 Tahun, Ini Sebabnya

Anak merupakan anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam sesebuah keluarga. Mereka ibarat sehelai kain putih yang masih belum diconteng.

Seperti yang diketahui, seseorang ibu membawa kandungan selama sembilan bulan sebelum bersalin. Bagaimanapun, terdapat beberapa kes tertentu yang menyebabkan kandungan terganggu seperti kelahiran pramatang termasuk penyakit Sindrom Down atau Down Syndrome.

Penyakit Sindrom Down ini bukan hanya berlaku di dalam negara ini malah di seluruh dunia.

Sehubungan itu, bagi menghargai golongan ini, seluruh dunia akan menyambut Hari Sindrom Down Sedunia pada setiap tanggal 21 Mac.

Walau bagaimanapun, setiap negara mempunyai prosedur atau pendekatan yang berbeza dalam menangani kes seperti ini.

Difahamkan, negara-negara maju bakal mengisytiharkan bebas Sindrom Down dalam tempoh kurang dari 20 tahun. Bagaimanakah alternatif yang diambil oleh negara luar dalam menangani kes ini?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Sindrom Down/Down Syndrome

Gambar: Public Health Malaysia

Tahukah anda, Down Syndrome bakal lenyap dari negara Iceland dan beberapa negara maju lain dalam tempoh kurang 20 tahun lagi?

Ya, negara-negara maju ini dijangka akan mencapai tahap “Down’s Syndrome-free” menjelang tahun 2030.

Di Iceland, seratus peratus bayi yang telah disahkan mengalami Down Sydrome akan digugurkan. Mengikut trend kelahiran terkini, TIADA bayi down syndrome yang dilahirkan di bumi Iceland sejak 5 tahun lalu.

Di negara-negara lain seperti US, kadar penguguran bayi Down Syndrome mencecah 67%, manakala Perancis 77%, dan Denmark 98%. Mengapakah?

Negara Maju Dijangka Bebas Penyakit Sindrom Down
Gambar: Public Health Malaysia

Antara faktor yang menyebabkan peningkatan prosedur penguguran bayi Down Syndrome ini adalah kerana peningkatan ujian saringan pranatal yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan wanita hamil. Di Iceland contohnya, 4 dari 5 wanita hamil akan memilih untuk menjalankan ujian saringan ini.

Selain itu, faktor perundangan di negara tersebut juga menyokong prosedur pengguguran ini.

Undang-undang di Iceland membenarkan prosedur penguguran bagi mana mana kandungan selepas 16 minggu sekiranya telah disahkan mengalami kecacatan- termasuk Down Syndorme.

Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia?

Di Malaysia, ujian saringan pranatal turut dijalankan.

Ianya penting untuk mengetahui tahap kesihaan bayi yang sedang di kandungkan. Saringan serta pengesanan awal juga digalakkan untuk mempersiapkan ibu dan keluarga dengan persiapan fizikal, mental dan sokongan emosi.

Namun undang undang sedia ada di Malaysia MELARANG prosedur penguguran bayi yang telah disahkan mengalami kecacatan seperti Down Syndrome KECUALI sekiranya kehamilan itu boleh mengancam kesihatan ibu tersebut.

1 dari 800 kelahiran di Malaysia adalah bayi Down Syndrome

KITA membenarkan dan mahu kanak kanak istimewa ini lahir ke bumi bertuah Malaysia.

Namun agak malang dan menyedihkan sekiranya KITA tidak prihatin, tidak peduli, tidak memberi sokongan dan menghulurkan bantuan kepada keluarga dan individu Down Syndome ini.

Kini dengan kemajuan teknologi perubatan, usia individu Down Syndrome boleh mencecah usia 60- 70 tahun, sama seperti populasi lain. Individu Down Syndrome dan ahli keluarga mereka memerlukan sokongan dan bantuan dari kita semua.

Negara Maju Dijangka Bebas Penyakit Sindrom Down
Gambar: Public Health Malaysia

Mereka tidak perlu didiskriminasi tetapi perlu difahami. Kanak-kanak ini juga mempunyai emosi dan perasaan sama seperti manusia yang lain.

Kongsikan info ini sebagai sokongan untuk Raikan Down Syndrome.

#RaikamDownSyndrome #DownSyndrome

Sumber: Public Health Malaysia