wanita rayu kesan Nurul Ain Hannani
Gambar: Fb Zulfah Jani

Wanita Rayu Bantuan Kesan Nurul Ain Hannani

Iqbal Yasir

Wanita Rayu Bantuan Kesan Nurul Ain Hannani

Seorang wanita yang juga ibu kepada Nurul Ain Hannani, 23, merayu bantuan orang ramai untuk menjejaki anaknya yang gagal dikesan sejak 5 Januari lalu (Isnin).

Menurut perkongsian Zulfah Jani, dia sudah membuat hebahan melalui media sosial, namun sehingga kini masih belum menjumpai anaknya itu.

“Anak saya tak dapat dikesan dari hari isnin. Handphone uncontactable, tiba-tiba left semua group family dan disable 360 location,” katanya.

Kongsinya lagi, Nurul Ain Hannani keluar rumah dengan hanya bawa telefon dan komputer riba dan lokasi terakhir adalah di The Sky Residensi, Taman Shamelin.

Difahamkan, anaknya merupakan penuntut Universiti Polytech Malaysia, Taman Shamelin Cheras.

Tambah Zulfah, anaknya memiliki ketinggian sekitar 165cm dan bertubuh besar.

“Sekirannya ternampak atau mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi 017-7111224 (Zulfah) atau 011-1283 5119 (Rosli).

“Mohon jasa baik semua untuk kongsi hantaran ini,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Zulfah Jani