Sayu, dalam sekelip mata empat adik-beradik ini menjadi anak yatim piatu selepas kematian ibu mereka lima tahun lepas akibat kanser dan kini, bapa mereka kerana dilaporkan menjadi mangsa korban wabak pandemik Covid-19.
Dalam laporan Mirror.UK, lelaki berusia 55 tahun, Miguel positif Covid-19 pada dua minggu yang lalu dan meninggal dunia.

Mangsa seorang ayah yang sangat berdedikasi kerana dia akan menghantar wang bulanan kepada isteri dan anak-anak semasa bekerja di sebuah kilang di Naas, Col Kildare. Selepas kematian isterinya lima tahun lalu, dia membawa anak-anak untuk tinggal bersamanya di Ireland.
Dia meninggalkan empat anak iaitu Mikee berusia 21 tahun, MIchael berusia 19, John berumur 14 tahun dan paling kecil, Chekie berusia 12 tahun.
Menurut anak sulung mangsa, mereka akan terus menetap di sana tetapi tidak pasti dengan masa depan mereka adik beradik.
“Ayah telah dirawat di hospital sejak dua minggu yang lalu dan dimasukkan ke dalam ICU dan berakhir dengan kematian. Inilah saat yang sukar untuk kami semua. Saya akan menumpukan perhatian kepada adik-adik yang lain.”
Sumber: Mirror UK