Seorang individu berhati mulia sanggup menggeledah tong sampah bagi menyelamatkan dua ekor anak kucing setelah seekor ibu kucing didakwa seakan-akan meminta bantuannya.
Menurut laman NGO perlindungan haiwan, HOPE, dua ekor anak kucing baru dilahirkan ditemui di dalam tong sampah dalam keadaan menyedihkan. Bahkan, salah seekor daripadanya masih mempunyai tali pusat dan uri.
“Ibu kucing itu sakit dan tak mampu menjaga anaknya. Kejadian berlaku di depan sebuah kedai serbaneka yang ramai orang namun tiada seorang pun yang membuat sesuatu untuk membantu, malah ada yang membuang sampah ke dalamnya,” kata laman itu.



Pada mulanya, individu itu tidak menemui salah seekor daripada anak kucing berkenaan. Namun setelah terdengar suara anak kucing dan memunggah sampah itu, akhirnya seekor lagi mangsa ditemui.





Anak-anak kucing itu kemudiannya dibersihkan dan diberi penjagaan sebaiknya bersama ibu kucing.



Tindakan mulia itu mendapat pujian dari orang ramai yang mendoakan kebaikan buat individu berkenaan.

Sumber: HOPE