
Bercakap soal kanak-kanak atau bayi yang masih di awal usia, tahap imuniti badan mereka masih lemah dan mudah dijangkiti dengan pelbagai virus dan penyakit. Disebabkan itu, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka, lebih-lebih bab permakanan mereka. Tidak semua makanan orang dewasa boleh diberikan kepada anak kecil. Misalnya beri minum air bergas, boleh cirit-birit jika diberi kepada bayi.
Namun, kadang-kadang ibu bapa telah menjaga sebaik mungkin permakanan anak, tapi mungkin ada orang luar yang kurang cakna dengan hal-hal seperti ini dan menyuap anak-anak kita dengan makanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang masih kecil.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna aplikasi TikTok Bee si anak telah mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas orang luar yang dikenali beri minum air bergas.
“Anggun lembik sebab sakit perut lepas kena suap air bergas.
“Orang kita sekarang kena ajar beritahu atau tegur secara tegas sebab kenapa tak boleh suap makanan sesuka hati kepada bayi.
”Kalau dia cakap anak orang dulu hidup je lagi, cakap anak kita sakit lembik macam ni kita yang jaga,” jelasnya menerusi video tersebut.
Boleh tonton video yang telah kami sertakan di bawah, semoga ini boleh menjadi pengajaran kepada mereka dan kita sendiri untuk tidak sesuka hati beri atau suap makanan dan minuman sesuka hati kepada anak orang lain.
Sebaiknya, bertanyalah terlebih dahulu kepada ibu bapa bayi berkenaan sebelum bertindak memberikan mereka makan makanan tertentu.
Selain faktor usia dan makanan yang tidak sesuai, sekurang-kurangnya ia juga dapat mengelak daripada merek ini menghadapi masalah kesihatan sekiranya mempunyai alahan kepada makanan-makanan tertentu.
Lebih daripada itu, ia juga tanda kita hormat-menghormati antara satu sama lain. Betul tak?
BACA: Anak Lahir Di ‘Langit’, Wanita Bersalin Dalam Pesawat Royal Brunei Airlines