Gambar Via KELSS

Ibu Derita Kanser Payudara & Dua Anak Hidap Sakit Kronik, Perlu Bantuan Untuk Beli Susu Dan Mesin Nebulizer

Sofea

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu yang boleh diungkap apabila melihat situasi keluarga ini yang diuji dengan penyakit kronik.

Menerusi kiriman Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook, Nurulhaslina dan dua anaknya menderita penyakit kronik namun tidak mempunyai punca kewangan yang tetap.

Tabung untuk mereka dilancarkan bagi membantu membeli keperluan mereka.

TABUNG UNTUKMU SAYANG – Ibu dan dua anak derita penyakit kronik

9.11.20

Assalamualaikum. Kami dengan ini melancarkan tabung tersebut diatas bagi membantu meringankan beban terhadap kos keperluan khas 3 beranak yang mengidap penyakit kronik.

Ibu – Nurulhaslina Mohamad 34, mengidap penyakit SLE, buah pinggang bocor, asma kronik, injap jantung bocor dan tersumbat selain disahkan pula kanser payudara pada Ogos lalu.

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital di Pasir Puteh itu terpaksa berhenti sejak 3 tahun lalu kerana tiada daya lagi untuk bertugas, sebaliknya hanya sering berulang untuk rawatan dan temujanji 3 – 4 kali sebulan.

Gambar Via KELSS

Anak pertama – Mohd Rusydan 14, pelajar tingkatan dua SMK Jeram disahkan mengidap masalah jantung tersumbat (heart block) dan memaksanya bergantung pada sejenis susu khas ‘Appeton’.

Gambar Via KELSS

Anak bongsu – Nur Aina Mikayla berusia 1 tahun, mengidap penyakit saluran air mata tersumbat menyebabkan mata berair,pedih selain menjadi bengkak di awal pagi.Adik Aina juga tiada selera untuk makan seperti kanak2 sebayanya dan hanya bergantung sepenuhnya pada susu segera.

Gambar Via KELSS

Bebanan kos keperluan untuk Nurulhaslina dan 2 anaknya itu mencecah RM900 sebulan amat dirasai apabila sumber pendapatan hanya bergantung pada suami seorang buruh binaan bergaji RM50 sehari.

Melalui tabung yang dilancarkan ini, penyerahan akan dilakukan dalam bentuk seperti dibawah selepas kutipan mencecah sasaran dan selesai proses pembelian,

1) Bekalan Susu Khas Appeton 900gram – 2 tin sebulan x 6 bulan x RM120 = RM1,440 2) Bekalan Susu Lactogrow 1.8kg – 3 tin sebulan x 6 bulan x RM60 = RM1,080 3) Bekalan Lampin Diaper Wonder Pants ‘XL’ – 2 pack sebulan x 6 bulan x RM29 = RM348 4) 1 unit Mesin Nebulizer RM200 5) Bantuan kewangan bagi kos ulang alik rawatan RM2,000 Jumlah: RM5,068

Perkongsian rezeki bagi bersama2 membantu meringankan beban mereka, boleh salurkan ke akaun rasmi kami seperti yang telah dipersetujui

CIMB BANK 8602 4983 68 KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Maklumat dan pertanyaan melalui wasap Tekan www.wasap.my/60179404640/TigaBeranak

Keluarga ini beberapa hari lalu disantuni oleh kru kami menerusi lawatan awal ke rumah sewa mereka di belakang SMK Tok Janggut,Pasir Puteh, Kelantan.

#SelamatMembantu #TogetherWeHelp

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS