Penyakit sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa disarankan supaya tidak mengambil sikap sambil lewa kerana ia boleh membawa kepada masalah lebih besar.
Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui satu posting di Facebook mereka menjelaskan bahawa jangkitan cacing boleh berlaku melalui makanan apabila seseorang itu termakan telur cacing yang berada di dalam makanan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak sempurna.

Selain itu, jangkitan cacing juga boleh berlaku melalui kulit kepada mereka yang mengabaikan kebersihan diri dan persekitaran. Amalan tidak membasuh tangan dengan bersih sebelum makan; tidak memakai selipar ketika keluar rumah serta tidak membasuh tangan setelah menyentuh haiwan peliharaan turut menyebabkan jangkitan cacing melalui kulit berlaku.
Doktor Ahmad Luqman Bukhari dalam pada itu turut berkongsi bahaya jangkitan ini kepada anak-anak. Menurut beliau, ibu bapa mahupun penjaga supaya tidak ambil remeh jika anak-anak mengadu gatal pada bahagian dubur.
Mari baca perkongsian dibawah. Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari