
Ibarat “Mermaid Man & Bernacle Boy”, Viral Remaja Naik Kereta Halimunan Lalu “Drive Thru”
Bukan itu sahaja, pemandu kereta ‘halimunan’ tersebut membawa rakan-rakannya untuk ‘mengeteh’ di sebuah restoran makanan segera dengan melalui laluan pandu lalu.
Rakaman kereta ‘halimunan’ ini dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@sy4wan) yang menunjukkan pengalaman mereka untuk membeli makanan menerusi laluan pandu lalu, dengan menggunakan kenderaan ‘istimewa’ mereka.
Difahamkan, kenderaan bersifat ajaib itu boleh memuatkan lapan orang penumpang, termasuk seorang ‘pemandu’.
Dalam video tersebut, mereka sedang membuat pesanan menerusi antara muka yang terdapat pada luar restoran segera tersebut.
Untuk makluman, video tersebut telah meraih perhatian warganet dengan 993,8K jumlah tontonan 126.6K tanda suka, 858 komen dan dikongsi sebanyak 917 kali.
Rata-rata, reaksi warganet terhadap video kereta ‘eksklusif’ tersebut sangat menghiburkan. Mereka berseloroh atas kelakuan mencuit hati yang ditunjukkan oleh sekumpulan pemuda tersebut.



BACA: Awas, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan & Terengganu Sehingga 12 November
Sumber: @sy4zwan via TikTok