Harbin, China – Seorang bayi perempuan dilahirkan seorang pesakit koronavirus pada 30 Jan lalu disahkan sihat, lapor media tempatan.
Wanita berkenaan telah melahirkan bayi itu di sebuah hospital tempatan dengan berat 3.05 kilogram dan diberi 10 skor Apgar (Apgar Score) setelah dilahirkan.
Bayi itu dilahirkan melalui pembedahan setelah pakar memberi khidmat rundingan buat ibu hamil berkenaan.
Kedua-dua mereka telah dikuarantin selama beberapa hari untuk pemerhatian dan disahkan berada dalam keadaan stabil.
Setelah menjalani ujian sebanyak dua kali berturut-turut, bayi berkenaan disahkan negatif koronavirus.
Sumber: Ecns.cn