cikgu belanja wanita barang keperluan
Gambar: TikTok Cikgu Faiz

Cikgu Buat ‘Contest’ Belanja, Wanita Berjaya ‘Grab’ Barang Keperluan RM919 Dalam Masa 5 Minit

Nurhanis

Cikgu Buat ‘Contest’ Belanja, Wanita Berjaya ‘Grab’ Barang Keperluan RM919 Dalam Masa 5 Minit

Apabila tibanya waktu gaji, orang ramai pasti mengambil peluang untuk berkerumun di pasar raya bagi mengisi semula kekosongan barang keperluan terutamanya barang dapur.

Walaupun sudah meletakan had perbelanjaan namun kita akan memilih untuk menambah barangan yang murah, lebih-lebih lagi jika ia mempunyai diskaun.

Tetapi, umum mengetahui barangan keperluan pada masa kini sememangnya sudah naik harga, oleh itu orang ramai bertindak untuk menghabiskan wang kepada yang penting sahaja.

Di saat ramai yang bergelut untuk membeli barang keperluan, seorang individu bernama Cikgu Faiz (@cikgufaiz_official) tampil membantu dan memudahkan urusan orang ramai.

Cikgu Faiz kongsi rezeki belanja wanita barang keperluan dalam masa 5 minit

Dalam satu perkongsiannya di TikTok, Cikgu Faiz menyapa sebuah keluarga yang sedang membeli belah di sebuah pasar raya.

Sambil membawa troli, Cikgu Faiz berkata keluarga tersebut perlu mengambil segala jenis barang keperluan yang diinginkan hanya dalam masa lima minit.

Tanpa ragu-ragu, wanita terbabit bersetuju untuk melakukan cabaran tersebut kerana sebelum ini, dia pernah melihat situasi itu dalam kandungan sama di TikTok cikgu berkenaan.

Dalam masa sama lelaki yang dipercayai suami wanita itu memberi kepercayaan kepadanya dan membenarkan dia melakukan cabaran itu.

“Mummy ada job ni,” kata suami wanita itu sambil memegang anaknya yang berada di dalam troli.

“Dalam masa lima minit akak nak beli apa, penuhkan dalam troli. Start now,” arahan Cikgu Faiz kepada wanita itu.

Wanita itu kemudiannya meluru ke hadapan dan barang pertama yang diambil adalah dua paket minuman Milo.

Cikgu Faiz juga membantu wanita tersebut dengan mengambil beras sambil dia mengambil air di bahagian minuman.

Dia juga mengambil dua bekas ais krim sementara Cikgu Faiz mengambil barangan masakan seperti sayur.

Dalam pada itu, wanita terbabit juga mengambil barangan bayi seperti dua paket lampin pakai buang dan empat kotak susu formula bayi.

Sekiranya dilihat dalam video tersebut, wanita tersebut banyak mengambil barang untuk kegunaan keluarga termasuk bantal, tilam dan perkakas dapur.

Setelah habis lima minit, mereka kemudiannya menuju ke kaunter untuk membayar barangan tersebut.

“Saya yang bergetar ni, takpe ke?” tanya suaminya ketakutan kerana tahu jumlah barangan tersebut melebihi perbelanjaan mereka.

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba, juruwang kaunter itu menyatakan jumlah keseluruhan barang yang diambil wanita itu ialah RM919.

Cikgu Faiz yang bersedia untuk membayar, telah menyediakan wang yang cukup dan dia turut membayar barang yang ada dalam troli pertama, yang sebelum ini diambil oleh pasangan terbabit.

Kata netizen

Tindakan yang dibuat oleh kakak tersebut mendapat pujian ramai susulan dia mengambil banyak barang keperluan mahal yang sering diguna pakai dalam waktu harian.

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok

Video penuh Cikgu Faiz itu boleh ditonton di bawah:

Sumber: cikgufaiz_official via Tiktok