Gambar: Bernama

“Ianya Jawatan Yang Tak Boleh Diwariskan Atau Diserah Begitu Saja” – Khalid Samad

Aqmal Ezany

Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia setia menantikan keputusan yang bakal dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berjumpa dengan kesemua ahli parlimen Malaysia.

Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia telah menimbulkan pelbagai spekulasi-spekulasi daripada pelbagai pihak.

Desas-desus berkenaan penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebelum ini masih lagi menjadi persoalan seluruh rakyat Malaysia.

Menurut YB Khalid Samad menerusi satu ciapan yang dibuat melalui akaunnya di Twitter, beliau menuntut supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Menerusi ciapan berikutnya pula beliau menyatakan bahawa peralihan kuasa perlu dipersetujui kedua-dua belah pihak supaya ianya boleh berlaku secara aman dan licin.

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya kita semua menantikan pengakhiran yang terjadi pada dunia politik di negara kita ini. Walau apapun keputusannya, marilah kita berharap agar segala proses dan isu politik ini berakhir dalam keadaan aman dan selamat.

Sumber: @KhalidSamad