Seperti kita sedia maklum, orang ramai boleh mula memohon pengeluaran i-Citra bermula 15 Julai ini sehingga 30 September akan datang dengan jumlah maksimum permohonan yang dibenarkan adalah RM5,000, bergantung kepada jumlah simpanan ahli dalam akaun mereka.
Walau bagaimanapun, untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra, KWSP menerusi perkongsian di Twitter ada berkongsikan beberapa perkara yang anda perlu pastikan. Ianya adalah untuk melancarkan proses permohonan anda nanti:
Menggunakan akaun bank yang aktif
Mengemaskini maklumat peribadi dan perbankan
Menyemak amaun simpanan semasa
Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim KWSP di sini.
Sumber: KWSP