Susulan inisiatif PEMULIHAN yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada baru-baru ini, i-Sinar akan digantikan dengan i-Citra.
Bagi yang ingin mengeluarkan i-Citra ini, terdapat beberapa syarat kelayakan yang akan diteliti pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum pemohon layak memohon.
KWSP menerusi akaun Twitter rasminya ada menerangkan beberapa syarat-syarat kelayakan untuk memohon i-Citra.
Berikut adalah antara syarat-syaratnya:
-Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
-Ahli KWSP termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
-Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan
-Anggota perkhidmatan awam yang memilih skim pencen (berkemungkinan menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak).
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, layari laman sesawang KWSP.