
Kerana duit, hubungan antara rakan-rakan hatta ahli keluarga boleh terjejas. Disebabkan itulah, kita disarankan untuk mencatat segala hutang yang diberi dan diterima.
Orang yang memberi hutang pun kadangkala mempunyai masalah kewangan sendiri. Tapi disebabkan kasihan, diberi juga pinjaman kepada kawan walau diri sendiri terpaksa berkira-kira untuk makan.
Seorang pengguna Twitter berkongsi pengalamannya apabila rakannya sendiri tidak membayar hutang RM 600 sejak 2017, namun boleh memakai kereta mewah.









Dia juga telah berkongsi maklumat beberapa orang yang telah tertipu dengan individu tersebut.



Pengajarannya, segerakanlah berusaha untuk membayar setiap sen hutang anda. Janganlah kerana hutang kita, orang lain yang menderita.
Jauhi berhutang semata-mata untuk nampak mewah, bak pepatah biar papa asal bergaya. Takut nanti bila tindakan undang-undang diambil sebab tak bayar hutang, betul-betul papa jadinya.
Sumber: Anak Cik Nan