Amalan berhutang dilihat sudah menjadi kebiasaan di dalam kehidupan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Urusan hutang yang terjadi lazimnya adalah untuk tujuan kelangsungan hidup tidak kiranya sama ada ianya berbentuk keperluan mahupun kehendak. Seperti sedia maklum, setiap hutang perlulah dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dan dalam kadar yang segera. Namun begitu, sekiranya orang berhutang itu telah meninggal dunia, bagaimanakah dengan baki hutang yang ditinggalkannya?
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Ayah saya ada berhutang banyak dengan orang. Dan setahu saya roh orang yang berhutang akan tergantung sehingga dia langsaikan hutang. Dalam isu ini, bagaimana penyelesesaian sedangkan saya tiada duit untuk langsaikan hutang ayah saya?
Persoalan ini bagaimanapun telah dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan supaya tiada lagi berlaku salah faham mengenai konsep hutang ini.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan