Dua individu berjaya menyelamatkan diri apabila sempat keluar daripada sebuah pacuan empat roda mewah, Hummer H2 yang dinaiki mereka. Mereka sempat menyelamatkan diri sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
Kenderaan mewah tersebut telah mengeluarkan asap di bahagian bawah sebelum terbakar di Plaza Tol Seafield menghala ke Subang Jaya, Lebuhraya Utara Selatan pada petang semalam.
Jip berkenaan telah dipandu oleh seorang lelaki berusia 30-an bersama seorang penumpang wanita.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.12 petang. Anggotanya terus bergegas daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba kira-kira 19 minit kemudian.
Tambah Norazam lagi, kebakaran tersebut mengakibatkan kemusnahan kebakaran setelah berjaya dipadam oleh anggota bomba.
Sumber: Utusan Malaysia