Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Kebanyakan Negeri Termasuk KL & Selangor Hingga 9 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka bakal melanda beberapa negeri sehingga jam 9.00 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada jam 4.40 petang tadi melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Bagi kawasan Pahang pula, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.
Seterusnya, Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.
Manakala di Melaka pula melibatkan daerah Alor Gajah.
Selain itu, di Johor pula kawasan yang terlibat ialah daerah Pontian.
Bagi negeri Sarawak, kawasan yang terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah).
Sementara itu, kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah juga turut dijangka dilanda cuaca tersebut.
Bukan itu sahaja, cuaca buruk tersebut dijangka bakal melanda seluruh kawasan negeri di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Berikutan ramalan cuaca ini, penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko tinggi.
Sumber: Met Malaysia