Hujan lebat
Kredit: Bernama

11 Negeri Dijangka Dibadai Hujan Lebat, Ribut Petir Petang Ini

Athirah

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 11 Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga jam 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

11 negeri dijangka dibadai hujan lebat, ribut petir dan angin kencang

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh kawasan di Perlis dan Pulau Pinang.

Di Kedah, kawasan yang terjejas dengan amaran tersebut adalah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Melaka, hanya kawasan Jasin yang terlibat.

Sementara di Perak pula, amaran yang dikeluar melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di negeri pantai timur iaitu di Terengganu melibatkan daerah Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman. Amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Jeli dan Gua Musang di Kelantan.

Antara kawasan lain yang juga terlibat

Lain daripada itu, antara kawasan yang terlibat dalam amaran ini ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub di Pahang.

Seterusnya di Johor, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Beralih ke Sabah, kawasan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat antara kawasan yang terlibat dalam amaran tersebut.

MetMalaysia juga menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di daerah Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) di Sarawak.

BACA: Baru Tiba Di Mekah Untuk Umrah, Ibu Bapa Ku Adib Pulang Kembali Ke Malaysia

BACA: “Sampah Sendiri Pun Berkira,” Respon ‘Win’ Lelaki Ini Bila Nampak Pemandu Buang Sampah Dari Tingkap Raih Pujian

Susulan itu, orang awam diminta sentiasa peka dengan amaran cuaca semasa dan mendapatkan maklumat terkini menerusi Facebook MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook