Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 9 malam ini.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 6.05 petang tadi. Berikut di bawah adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat:
Perak: Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta & Kampar
Kelantan: Kuala Krai & Gua Musang
Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus & Kuala Terengganu
Pahang: Tanah Tinggi Cameron
Sarawak: Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan, Julau), Sibu (Kanowit, Selangau), Kapit (Kapit, Bukit Mabong) & Bintulu (Tatau, Sebauh)
Sabah: Tawau (Lahad Datu) & Sandakan (Kinabatangan, Sandakan)
Oleh itu, semua pengguna jalan raya di kawasan terlibat dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Sumber: METMalaysia