Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri malam ini.
Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 8:25 malam tadi dan antara kawasan yang terjejas hingga 11 malam ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, dan WP Labuan.
Di negeri Kedah kawasan yang dijangka terjejas melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di negeri Pulau Pinang pula, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan.
Beralih ke negeri Perak, antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, dan Kuala Kangsar. Manakala di Kelantan pula membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai.
Di negeri Selangor pula hanya melibatkan dua daerah iaitu Klang dan Kuala Langat manakala di Negeri Sembilan satu daerah sahaja yang terlibat iaitu Port Dickson.
Bagi negeri di Sarawak pula melibatkan Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu dan Limbang. Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) manakala WP Labuan pula dijangka terlibat di seluruh wilayah.
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.
Sumber: MetMalaysia