Gambar hiasan via Xinhuanet

Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Termasuk Seluruh Selangor Hingga Jam 6 Petang

Eyla Azri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 2.30 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 6 petang ini.

Menurut kemaskini di laman web rasmi MetMalaysia, antara kawasan yang terjejas hingga petang ini termasuk 13 negeri dan Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Negeri yang terlibat di Semenanjung Malaysia adalah seluruh kawasan di negeri Perlis, Selangor, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. Antara lokaliti lain yang turut terlibat termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling di negeri Kedah; Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim (Perak); Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan); Besut, Setiu dan Hulu Terengganu (Terengganu); Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin (Pahang); Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan); Alor Gajah dan Jasin (Melaka); Segamat dan Johor Bahru (Johor).

Manakala di negeri Sabah dan Sarawak, kawasan-kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Pedalaman (Beaufort), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di negeri Sabah, serta Betong (Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di negeri Sarawak.

Oleh itu, pengguna jalan raya di tempat terlibat dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca seperti ini bagi mengelak kejadian tak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia