Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 4 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 7 malam ini.
Menurut kemaskini di laman web rasmi MetMalaysia, antara kawasan yang terjejas sehingga jam 5 petang ini termasuk lima negeri di Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Negeri yang terlibat sehingga jam 5 petang ialah Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang); Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman); Pahang (Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Sementara kawasan Timur Malaysia yang terjejas termasuk beberapa daerah di Sabah iaitu Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Tawau (Lahad Datu). Di Sarawak pula, daerah Kuching (Bau), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri) dan Limbang dijangka turut terjejas sehingga jam 5 petang.
Manakala negeri-negeri yang dijangka terlibat ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini adalah:
Pahang: Bera
Selangor: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: Seremban dan Port Dickson
Melaka
Johor: Tangkak dan Muar
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Sandakan (Kinabatangan)
Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca seperti ini bagi mengelak kejadian tak diingini berlaku.
Sumber: MetMalaysia