Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Hujan Lebat, Ribut Petir Di 8 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini

Sofea

Hujan Lebat, Ribut Petir Di 8 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) hingga 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Kelantan dan Pahang serta WP Kuala Lumpur.

Selain itu, di negeri Kedah, ia hanya melibatkan daerah Kota Setar dan Yan.

Manakala di Perak pula, daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang dijangka terlibat.

BACA JUGA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Sementara itu, daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor juga diramal turut terlibat.

Bagi Negeri Sembilan, ia hanya melibatkan daerah Jelebu dan Jempol. Di Johor pula, hanya daerah Pontian terlibat.

Di Sarawak, hujan lebat akan melanda Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan), Sri Aman (Lubok Antu) dan Kapit (Song).

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sumber: Malaysian Meteorological Department