hujan lebat monsun pakistan
Kredit: Murtaza Ali/AFP

Hujan Lebat Monsun Ragut 104 Nyawa, Cederakan 200 Orang Di Seluruh Pakistan

Azizah Najib

Hujan Lebat Monsun Ragut 104 Nyawa, Cederakan 200 Orang Di Seluruh Pakistan

ISLAMABAD, 13 Julai (Bernama) — Hujan lebat dan banjir kilat meragut sekurang-kurangnya 104 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada lebih 200 orang di seluruh Pakistan antara 26 Jun hingga 12 Julai, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lepas sahaja, enam orang dilaporkan maut dan 15 lagi cedera akibat kejadian berkaitan hujan, menurut NDMA.

Wilayah timur Punjab mencatat kematian tertinggi dengan 39 orang, diikuti wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dengan 31, wilayah selatan Sindh dengan 17 dan wilayah barat daya Balochistan dengan 16 yang maut.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai hujan dijangka berlanjutan dalam beberapa hari akan datang dan menasihatkan penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah, agar mengambil langkah berjaga-jaga. Operasi menyelamat dan bantuan masih diteruskan di kawasan yang paling terjejas.

BACA: Kes Keracunan Makanan Pelajar Kolej, Pengusaha Katering Tidak Berdaftar

BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Susulan Kenyataan Palsu Kemangkatan Sultan Kelantan

BACA: Penemuan Mayat Lelaki Di Dalam Gaung, Polis Klasifikasi Kes Bunuh

Sumber: BERNAMA