
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri, Kelantan, Terengganu, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala di seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka juga diramal hujan petang ini.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala di Terengganu termasuk, Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Selain itu, di Selangor, kawasan yang diramal hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Di Johor, daerah yang terlibat adalah (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).
“Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia