hujan lebat negeri petang ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Iqbal Yasir

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di Perlis, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut diramal hujan.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula seperti Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Pahang, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin. Sementara di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, beberapa daerah di Negeri Sembilan juga diramal hujan antaranya Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau. Di Johor, daerah yang terlibat adalah Segamat, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan) dan Bintulu.

“Manakala di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Kerajaan Akan Buat Terbaik Bebaskan Warga Malaysia Ditahan Israel – Anwar

BACA: Kapal Misi GSF Ke Gaza Dijangka Masuk Zon Merah 9 Malam Ini – Fahmi

BACA: Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 – SNCC