
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Perak, Terengganu Pahang, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala di seluruh kawasan Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan petang ini.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
“Selain itu, di Terengganu, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Sementara di Pahang termasuk daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.
“Di Selangor, daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang antara kawasan diramal hujan.
“Bagi Melaka, hanya daerah Alor Gajah yang dijangka hujan. Manakala di Johor melibatkan kawasan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia