
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
Manakala di seluruh kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal hujan hingga malam ini.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara Terengganu di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman dan Pahang di Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi Selangor, beberapa kawasan diramal hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia