hujan lebat negeri petang ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Beberapa Negeri Petang Ini

Iqbal Yasir

Hujan Lebat Diramal Landa Beberapa Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Di Pahang, daerah yang dijangka hujan petang ini adalah Bentong dan Rompin. Manakala di Selangor pula melibatkan kawasan Hulu Langat.

“Selain itu, daerah Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan turut diramal hujan.

“Beralih ke Sabah daerah yang diramal hujan adalah Sandakan (Telupid dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Diplomat Indonesia Maut Ditembak Di Peru

BACA: Susut 27kg Berat Badan, Penampilan The Rock Cetus Persoalan Ramai

BACA: KLIA Mulakan Ujian Sistem VAMS, Ini Perkara Penting Yang Pemandu Kena Ambil Tahu