2 negeri hujan
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Hujan Lebat Diramal Landa 2 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Azizah Najib

Hujan Lebat Diramal Landa 2 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan dua negeri hingga jam 1 pagi nanti.

Dalam kenyataan tersebut, METMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Johor dan Sarawak.

“Di Johor, hujan lebat dijangka landa daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Manakala di Sarawak, daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Telang Usan dan Marudi) turut diramal menerima taburan hujan,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Fungus Hidup Dengan Memakan Radiasi Nuklear Di Chernobyl

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada yang meliputi enam negeri bermula hari ini.

Seluruh negeri Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sehingga 19 Disember. Di Pahang, beberapa daerah turut menerima amaran ini iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Dalam muat naik yang sama, MetMalaysia turut menjangkakan hujan berterusan sehingga 22 Disember bagi beberapa negeri. Di Johor, hanya daerah Mersing dan Kota Tinggi yang terlibat. Manakala di Sarawak pula, MetMalaysia menyenaraikan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

Keadaan di Sabah menunjukkan daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat turut menunjukkan tanda-tanda hujan berterusan.

BACA: Pembersihan Sisa Buangan Industri Di Bukit Pelandok Telan Kos Lebih RM1.1 Juta

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia