Hujan Lebat 5 Negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Athirah

Hujan Lebat Diramal Badai 5 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri dan dua Wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Selangor seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat adalah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).

Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang) di Sabah.

METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

BACA: Tabiat Minum Kopi, Makanan Bergoreng Didakwa Punca Penggondolan Hutan
BACA: Apa Yang Untung Jadi Gen Z, Tapi Kita Gen Terdahulu Tak Pernah Dapat Dari Dulu
BACA: Peguam Syarie Nasihatkan Suami Isteri Elak Tulis “I Love You” Dalam Pemindahan Wang

Sumber: Malaysian Meteorological Department