Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Petang Ini

Azizah Najib

Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri, 2 Wilayah Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, seluruh negeri Perlis dan Johor serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka bakal alami hujan lebat.

Keadaan di Kedah menunjukkan hujan lebat bakal melanda kebanyakan daerah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena. Begitu juga daerah Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang, daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan turut dijangka hujan lebat. Manakala cuaca di Perak pula, sebanyak enam daerah disenaraikan iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

BACA: Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia

Terus ke Selangor, MetMalaysia menjangkakan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang bakal menerima hujan lebat hingga 5 petang ini.

Dalam pada itu, amaran yang dikeluarkan bagi Negeri Sembilan hanya melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson.

Beralih ke pantai timur, Terengganu dijangka hujan lebat melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Di Pahang, cuaca buruk bakal melanda daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang di Sarawak melibatkan daerah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi).

BACA: Pengusaha Warung Pok Nong Celup Tepung Meninggal Dunia

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika memandu.

BACA: Ini Cara Kumpul RM12k Dalam 2 Tahun, Sedar-Sedar Duit Dah Cukup

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)